Thursday 29 March 2012

Home sweet Home

Assalamualaikum  warahmatullah hiwabarokatuh


hey guys . sihat? aku ada cerita ni. mehehehe . . i'm just wanna saying that . . .  i'm back HOME !! jyeabedabedduuu ~ ~ semalam balik dalam pukul 6 lebih gerak . along ngn abang cham(laki dia) jemput aq. pastu perut bunyi 'krokkk. .  krokk. . '  terus g mcD. ehehe. sampai rumah seronok + penat sebab tengok rumah bersepah --'  dengan barang2 aq lagi. haihhh.. alangkah beruntung nya kalau aq ada maid. astagafirullah . . aq bersyukur dengan apa yg Kau da beri sekarang ini , Ya Allah . aq sampai2 je terus gi masuk bilik nak tengok apa khabar la bilik aq tuh. KAUUU .. aq masuk aje da mcm gua ! lanngsir semua tutup tingkap. macam la bilik aq tu ada air-con. - -' dengan bau hapak baju sekolah adeq aq lagi. aisehhh.. ni la susa bagi budak kecik jaga bilik. dia punya rak buku kat dlm bilik tu aq buat nampak tak nampak aje. aq malas nak tegur. dah macam stor tempat simpan barang2 lama. da byk kali suruh kemas brg2 dia.at least die susun elok2 buku2 skola dia.takan tu pun nak aq yg kmas kan. memg makan penampo budak ni kalau aq yg buat. 1st sekali aq wat, aq bukak langsir yg tutup tingkap uh bagi masuk angin segar. then , aq start clearkan bilik dulu. da settle baru aq susun leklok brg2 aq tu. disebabkan aq hangin ngan adeq aq , aq suruh dia tidur luar. *muahahaha!

Pukul 3 am aq tido semalam sebab kmas brang2 ngan online facebook , twitter, skype tak lupa blog . ehehe. almaklum lah line kat rumah pantas la sikit berbanding kat u tu. tapi paling lama sebab aq skype ngan kawan aq la. then esok nya aq (means pagi tadi la) aq terjaga sebab budak ni tetibe duduk depan aq . . 


ce teka perempuan ke lelaki? 


hahai kalau aq da tanya soalan mcm tu mestilah  korang dapat teke budak ni lelaki kan. 


aq suka snap time budak comel ni gelak besar. sumpah comel !

budak yg nama die iffat azim. just call him ipat . tp aq lebih suka panggil dia padim dulu. sekarang dah tak dah. aq panggil dia ipat jugak. eheh. okay nak story cite sedih pulak. *cepat la buat muka sedih. . haha  esok last mak aq jaga si budak comel yg nakal ni. :'(  sebab mama dia dah pindah rumah baru . jauh . . susah nak ulang alik ambil dia nanti. ipat baru nak belajar jalan sendiri , da kene pindah pulak. aq baru nak tgk dia berlari lari dtg kat aq . mesti comel sgt2. hmm i'll miss you budak kecik. dah besa jadi budak baik okay. :')


Assalamualaikum. 




Monday 26 March 2012

Just You and Me lyrics ZEE AVI

You were sitting at the coffee table
where you're reading Kierkegaard
minutes later, you proceeded to say
something that almost broke my heart

you said " Darling , i am tired of livin' my routined life
there's so much in the world i'd like 
to soak up in my eyes. "
well, baby i never did stop you from going out to explore
we can do it all together from the colds of the poles
to the tropics of Borneo

Ba da da ba da . . .

let's pack our bags
and lie on the easy stream
feel the water on our backs
where we can carry on dreamin'
where we can finally 
be where we'd like to be
darlin' just you and me

just youu.. and me

so darlin' , what do you say
does that sound like a plan to you
we can build our own little world
where no one else can come through
we can live in huts made out of grass
we can greet father time as he walks pass
we can press our feet into the dirt
a little mud , no ,  it wouldn't hurt

ba da da ba da da . . 

let's pack our bags
and lie on the easy stream
feel the water on our backs 
where we can carry on dreamin'
where we can finally 
be where we'd like to be
darlin' just you and me

just youu.. and me


:)



NAK NANGIS T ^ T

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh :)


hai korang2. buat apa tu ? aq harap korang sihat sihat walafiat saja. amin. huuu aq nak cite ni.. aq sedih la.. even paper final aq dah habis awal aq tetap sedih . T^T sebab KAWAN KAWAN SEMUA DAH BALIK RUMAH MASING MASING ! benci benci benci ! aq bukan tanak balik awal tapi ayah n akak aq keje. aq tanak susah kan diorang amik aq malam2 sebab aq tau diorang esoknya nak keje kan. hmmm first of all aq nak ucapkan SELAMAT HARI JADI kat adik pompuan aq , SAKINAH. dan tak lupa gak DAREL * even dia dah lupa aq dah skg ni kot :(   harap panjang umur dan murah rezki . AMIN !


Aq nak balik rumah.. huwaaaa! mak ! orang nak balikkk.. !sekarang ni tinggal hunny ,kak mira , ngn qirin aje yg teman aq. hunny ngn kak mira memang paper diorang habis 31 march. haha. *padan mka. qirin habis paper arini. tapi dia balik 31 sebab tunggu akak die kat sini. aq habis paper smalam.  tadi ZATI NERBEZ  da balik dah.. ee benci ! nape balik awal sgt zati bengong ! yg lain pun same . ELY , PIAN,  sume nak tinggal kan aq :(   tapi sebelum ely dgn zati balik , diorang sempat jumpa aq . huhu  terharu + sakit hati sebab tengok diorang da siap2 nak balik. -.-'  sumpah aq nak balik umah . wihuuu ! aq balik nati ayah aq cakap nak bawak 1 family gi pantai .camping skali kot . huu kau ade? tade an. kay senyap.( saja nak sedapkan hati )  haha tade lah. baru plan. . Allah yg tentukan. hehe . . *aq benci kene tinggal -.-'


eeii .. aq ada cite ni.. soal hati ^ ^ hehe malu pulak ai. . ermm. . apa korang akan buat kalau ada orang suka korang , dan korang tau pasal tu. tapi dalam masa yang sama korang tunggu orang lain yang belum pasti lagi jadi milik kita atau tak? haaa complicated tak soalan aq ? orang kata baik sayang orang yang sayang kat kita daripada sayang orang yg kita sayang sebab orang yang kita sayang tu mesti akan pergi dekat orang yg dia sayang. haha paham tak?  u know what , aq ni memang senang jatuh hati dekat seseorang , tak kesah la die hensem ke tak comel ke tak, kalau die caring kat aq dgn cara yg aq boleh terima, dgn senang nya aq akan fall in love dekat 'si dia' . nak2 lagi kalau dia tunjukkan effort dia yg dia betul2 nak serius ngn aq. ha kalau yg mcm tu aq janji aq akan tetap setia ngn dia je. tapi masalah aq ni cepat suka orang dan cepat BOSAN gak ngn orang tu. sebab tu aq tak suka couple . aq tanak lukakan hati sesiapa. cukup lah hati aq je yg terluka tgk orang lain ada pasangan. aq tau Allah dah sedia kan pasangan yg terbaik utk aq.  :) FULLSTOP.


next time aq bebel lagi kay. nak layan kan hati ni jap :'(  tata. 



Assalamualaikum . 





                    ( n . n ) v

Friday 16 March 2012

Release tension in student's ways

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh 


How's your day guys ? harap semua baik baik belaka. entry this time aq nak bagi korang cara2 untuk melepaskan tension korang . haaa.. korang suke kan? ni dia :


- guling2 atas katil sampai tetido keluar air liur . *maknanya korang betul2 penat/stress


- kacau kawan study (muahaha . ni paling aq suka. ) tukar atau sorok kan kasut member korang pastu buat muka tak tau. 


- menyanyi kuat2 . buat mcm korang tengah perform lagu rock/kegemaran korang kat atas stage depan peminat2 korang. bila orang lain tengok korang, korang cepat2 senyap, tunduk buat2 baca tengah baca buku. 


- tengok movie.*dalam bilik suda laa.


- bagi yg suka melukis , cuba lukis gambar member korang ( ikut imaginasi ) , snap, upload n tag dekat member yg korang lukis 'wajah' dia tu. tengok reaksi dia apa. kalau dia komen " ko nak mati ke lepas ni . ." maksud nya tahniah misi korang dah berjaya.


- bukak lagu poco2 , menari dekat tengah2 bilik.kalau ada yang ternampak, ajak dia join sekali.*walaupun tak kenal.  


- pandang member korang  lama2 mcm nak telan dia smpai dia rasa "ko pehal ni?"  , korang bangun terus tampar pipi dia. pastu cakap dgn selamber " ada nyamuk la tadi . . " 


- sebar kan risalah pasal member korang hilang . letak gambar member korang yang dikatakan 'hilang' tu sekali. 


- JANGAN sesekali korang beli makanan banyak2 semata- mata utk hilang kan stress . kerana itu akan buat korang lebih tekanan sebab duit habis + berat badan naik.


Last but not least , KETAWA . ketawa adalah ubat yang mujarab untuk menghilang kan stress. dengan cara yang aq dah senaraikan ni mungkin korang akan gelak sorang2 lepas tengok muka member korang bengang .( jangan lupa minta maaf dekat kawan yg korang dah kenakan tu. kalau malu, tunggu raya . XD ) tapi jangan ketawa  berlebihan , takut nanti nangis pula. kay aq nak sambung study . wish me luck . daaa ~ cekidaut 



Tertinggal slip

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh :)


Hai aq makin hari makin stress tengok buku. -.-' tapi apa kan daya da memang ni tugas sebagai seorang student . huwaaa! final aq baru lepas 3 paper. ada 3 paper lagi. subject yang kaw2 pulak tu. gap sehari 2 je . subject yg tak berapa berat gap dia sampai seminggu . bagus lah tu. tapi dlm bilik ni aq orang 1st yg habis paper final (25 mac 2012) . muahahaha. err aq tak terus balik 25 ari bulan tu. aq balik 31 sebab nak clear kan bilik sebelum berhambus. plus, nak enjoy ngn kwn2 . huhu .eh just g jln2 ja. jangan korang fikir lain. tak baik.ehehe. 


Korang korang tau tak , masa paper aq yg 2nd (ctu101), paper agama , aq boleh tertinggal slip exam disaat2 masa nak mula jawab dah. "AHAHAHA" aq gelak kan budak mencicit2 lari ngan muka menggelabah sebab slip dia tertinggal. aq cek beg aq, aq tengok muka kawan aq, (muka pucat) " hanny, aq tertinggal slip . ." . hanny : hah hape lagi ko pegi la ikut budak tadi tu . *budak yg aq ketawa kan tadi tu.haaaii . .  dandan lah time tu aq dah sampai depan dewan exam , tinggal nak amik paper n jawab aje. bole pulak slip ni aq tertinggal. time tu aq rasa mcm mula kembali ke alam MDS (minggu destini siswa) . aq sampai je dewan, habis berpeluh dari atas sampai bawah. fuhhh. . relax . . tarik nafas dulu . . baru aq start . tapi soalan last aq tak sempat buat, so burn 7 markah camtu aje. :(   


nak nangis cenggini . X'(   kay cekidaut guys . assalamualaikum 

Halangan-halangan dihadapi ketika ingin mengulang kaji pelajaran

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh . :)

Hey guys . tengah buat ape? baca buku ea? taya laaa tutup ajew. haha tade la. teruskan baca ya tapi AFTER baca entry aku la. eheh. harini hari jumaat hari yg mulia bersamaan 16 march 2012 , aku nak cite sikit pasal halangan2 masa time2 exam macam ni. *(memandang aq pun masih dalam mood exam) sebelum aku jadi gila sebab stress baca buku , baik aku release tension dengan pkr yg macam aku tengah lakukan skg ni. bloging. HAHA. so aku tanak buang masa , here there is :

Kalau yang duduk asrama/kolej :

1. Penyakit malas (most of students ada penyakit ni.). nak2 lagi lepas makan dan baru bangun tidur. 

2. Pengaruh kawan2. ' weii jum lahh main game ni kejap aq boring ni , teman aq pegi bandar beli barang sikit, jum teman aq tengok tv ,jum itu jum ini , bla bla bla ' . paling taley blah kalau ada member yang pandai hasut .contoh nya : pehhh best gile movie nih!! (guna nada suara yg kuat + tengok movie dlm laptop sambil mata kejap2 jeling2 kawan yg tengah study utk panggil dia join tgk movie skali ) 

3. Bila dah mengadap laman sosial macam fb, twitter, so on.. *for those yg obses dgn mende2 ni sume . mengadap fb 5 jam tanpa gerak pun no hal la bebeh. 

4. 'Jiran2 tetangga'(student bilik @ tingkat lain) menyanyi kuat2 mcm tengah buat show atas stage , ketawa mengilai2 , bergurau dgn rakan2 yg lain smpai bunyi nya mcm laki bini tengah bergaduh. 

5. Tetiba teringat mak ayah kat kampung. *sedihhhh.. nak melayan sedih nya tu makan masa berejam gak

6. Jumpa classmate yg lain. (study group) start 9 am - 12 pm . tapi boleh dikatakan kurang dari 1 jam saja yang betul2 focus study.yang selebih nya korang boleh faham2 sendiri. 

7. kawan baik call . (. . . .  . )

Kalau duduk kat rumah :

1. Line internet sangat laju. boleh faham sendiri kan. . 

2. Family ramai2 duduk ngadap tv dan ketawa kuat2 . 

3. Akak @ abang ajak keluar bandar 

4. Kene jadi 'bibik' kat rumah *mostly perempuan la 

5. Makan makan makan dan makan . dah kenyang tidur

6. Akak ajak buat biskut /manisan ikut resipi baru

7 . Adik / abang / akak dengki lalu lalang banyak kali depan kita masa tengah study sambil menyanyi mcm nyanyi dlm bilik air. 

8. kawan lama/kwn sekampung nak jumpa.

Haaa .. tu dia. dah baca? .betul tak korang akan menghadapi masalah2 mcm ni kalau time2 exam,nak study ? kalau korang tanya aku, memang aku ada hadapi nya every time exam. -.-'  aku bagi tips , kalau korang dah tak dapat nak tahan sangat if roomate @ kawan2 bising smpai ganggu korang study, korang wat camni :  "ahhahahaha best nya ! aq tak paham 1 hape pun aq baca ! " (sambil berdiri dan gelak2 besar) bila kwn korang senyap tgk korang, korang buat muka tak tau pape -.-'  duduk dan terus kan study semula. haha. tapi  papehal pun cara yang paling mudah utk mengelakkan semua ni berlaku , berdoa lah kepada yang Maha Esa supaya dapat bersabar dan mendapat ketenangan jiwa sebelum jadi seperti ini :


 



cekidaut guys. Assalamualaikum .

Saturday 10 March 2012

Koleksi Komik

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh :D


Hay korang. korang tengah watpe? melukis? dengar radio? melepak depan tv? tinggal kan semua tu..  baik korang baca blog aq ni . lagi best ! memperbanyak kan ilmu pengetahuan . haha . tade lah.  aq tau korang baru bangun tido terus on9 dengan mata sepet2 , rambut . . . haha malas nak mention .oleh kerana classmate aq si zati nerbez tu dah mention nama aq, so pun nak update blog gak lah. kau zati kalau update blog laju saje. kalau suruh update "otak" kau (baca buku) mcm2 alasan kau an . -.-'  hmm . . walaupun aq lagi sehari je nak start final tapi aq still rasa bosan & nak buat something yg best . asyik baca buku jek, bosan tau tak bosan. boleh stress aq asik baca buku je. kalau komik tak pe lah, halahaaaii .. cakap pasal komik, rindu pulak aq nak baca komik2 . aq suka komik nak2 lagi karya Ben. sumpah best . sebab katun dia semua comel2 and nampak logik. semua komik dia aq dah beli except karya dia yang kat dalam majalah Powder .sebab aq tak jumpa lagi komik dia yang baru tu. The Players ngn ape tah lagi 1 tu. aq tengok cover depan je aq dah tau tu memang lukisan ben, aq terus beli . tapi tu lah sekali aq beli majalah powder tu. aq beli kat KL . aq cari kat segamat , hampeh . memang tak jumpa. kalau ada pun keluar tahun2 lepas aje. majalah tu mcm tade sambutan hangat je aq tgk. takpe lah. mybe Ben dah pencen kot sebagai pelukis komik. :'(  tapi aq tanak dia benti melukis !!! aq suka gila komik dia. kalau korang2 ada terjumpa komik2 terbaru karya Ben , bagitau aq yea! ( semangat nih!) . meh aq kasi korang tengok koleksi komik aq.






ha. tu je semua komik2 aq. tak banyak pun macam korang punya kan. . karya ben aq ada Le. Gardenie ( semua episod aq ada ), Fatal Chaos( pun semua episod aq ada ) , Innoncent, Naive and The Fishes .komik yang selebih nya tu campur2. komik karya zint ada, but mostly komik jepun lah. haha . fara tembam yang aja aq beli komik jepun. aq sebenar nya tak suka berepisod2 sebab leceh la nak beli , pastu tunggu lagi, beli lagi, tunggu lagi. tak sabar aq tunggu keluaran akan datang. tapi disebab kan komik ben ni sangat2 comel , so aq beli la every episode. *even terlambat sikit. asal kan terkumpul complete semua. aq start beli komik dari form3 lagi. mula2 ingat nak kumpul komik ben aje. tapi lepas tengok ada banyak lagi komik2 lain kat dalam kedai tu. memang tak menang tangan nak pilih. aq rasa macam aq nak beli semua aje 1 kedai tu. hohoho. astaga. da azan maghrib rupanya ! blog , blog juga, solat jangan lupa ya korang2 . :) k lah sampai sini je benda yg aq nak share kat korang. oh sebelum terlupa, di kesempatan ini aq nak mintak maaf banyak2 kat korang2 yang pernah aq wat salah. especially my parents and friends. doakan aq boleh jawab final exam ni dengan tenang dan baik ye korang. korang jangan risau sebab aq pun sama mendoakan yg terbaik utk korang. <3 kay tata.. cekidaut. 


Assalamualaikum :)

Monday 5 March 2012

Penimbang

Seorang perempuan masuk ke dalam sebuah klinik sambil mendukung seorang bayi . tiba - tiba perempuan itu ternampak alat penimbang berat untuk orang dewasa . ia menghampiri alat penimbang tersebut , tetapi kemudia dia kelihatan kebingungan .
Seorang jururawat klinik itu melihat nya, menghampiri dan bertanya :

Jururawat : kenapa awak nampak kebingungan ?
Perempuan : sebenarnya saya ingin menimbang bayi ini , tapi alat ini seperti bukan untuk bayi.
Jururawat : memang ini penimbang untuk orang dewasa . tapi masih boleh digunakan untuk menimbang bayi . cara nya, bayi dan ' ibu' nya naik ke atas penimbang ini. lalu catat jumlah nya . selepas itu , 'ibu' pula naik seorang diri di atas alat timbangan ini dan catat kan angkanya . saya boleh bantu mendukung bayi ini . kemudian , angka pertama ditolak dengan angka kedua .. itulah berat bayi.

Dengan kehairanan , jururawat itu bertanya lagi..

Jururawat : kenapa?
Perempuan : kerana saya bukan lah 'ibu' nya , tetapi pengasuh nya .

Lambat

Pada suatu hari, ada 3 ekor kura-kura yang hendak pergi berkelah bersama-sama . kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman , sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun. Dalam perjalanan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya , sehinggakan mereka tidak boleh meneruskan perjalanan . kemudian timbul perbualan di antara mereka .

Kekura I : ermm .. salah seekor daripada kita mesti balik untuk ambil payung. siapa yang nak pergi ni?

Kekura I&II saling berpandangan dan berpakat menuding Kekura III

Kekura III : tak nak lah . aku jalan lambat . nant aku sampai sini lagilah lambat . pasti korang akan bedal makanan ni semua.
Kekura I&II : tak lah kitorang tunggu sampai korang datang.
Kekura III :   betul ?? kalau aku lambat 1 jam?
Kekura I&II : kitorang tetap akan tunggu
Kekura III :   kalau 3 jam ?
Kekura I&II : kitorang tetap akan tunggu
Kekura III :   kalau 1 hari?
Kekura I&II : kitorang tetap akan tunggu
Kekura III :  kalau 3 hari?
Kekura I&II : kitorang tetap akan tunggu
Kekura III :  kalau 5 hari?
Kekura I&II : kitorang tetap akan tunggu
Kekura III :  kalau 1  minggu?
Kekura I&II : kitorang tetap akan tunggu
Kekura III : kalau 2 minggu ?
Kekura I&II : kitorang tetap akan tunggu.. kau pergi ajelah.


Denga berat hati , akhirnya Kekura III pun berangkat . Kekura I&II menunggu dengan setia . sehari, 2 hari, dan seminggu telah berlalu , Kekura III tidak juga balik. Kekura I&II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : aku dah tak tahan lapar ni. kita makan je lah.
Kekura II : aku pun dah nak pengsan ni . jom kita habis kan makanan ni.


Tetiba Kekura III muncul dari semak dan berseru :

" hoi ! nasib baik aku belum pergi lagi ! kalau tak , mesti korang habiskan makanan ni kan? kan?!! "



Jenama Baba

Seorang jurujual sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajat kolej . Dia bertanya tentang produk yang dipakai oleh pelajar tersebut.

Jurujual : sabun mana anda gunakan selama ini?
Pelajar : sabun Baba
Jurujual : kalau deodoran, deodoran mana anda gunakan?
Pelajar : deodoran Baba
Jurujual : minyak wangi?
Pelajar : minyak wangi Baba
Jurujual : syampu?
Pelajar : syampu Baba

Akhirnya dengan kecewa si jurujual bertanya lagi ,

Jurujual : ok , apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar?Siapa tahu anda selama ini memakai produk yang tidak sihat .
Pelajar : bukan jenama tempatan atau luar negara . Baba tu rakan sebilik saya.



Friday 2 March 2012

Tension+happy week

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh . . :)

            hey guys . pagi jumaat korang ! sihat? harap korang semua sihat2 hendaknya. aicewwah.  firstly aq nak ucap selamat bercuti pada student2 yang balik cuti studyweek . *tak payah nak bercuti sangat lah ye sebab final is around of de corner je lagi kay. uhuu aq pun gabra sebenar nya da nak final ni. even baru part 1 tapi subjek dia memening kan jugak. aq bukan jenis membaca . aq suka mengira . btw aq nak bagitau ni.. roomate aq dah balik . yey ! dia tinggal kan aq sorang2 kat sini . -.-' takpe2. kejap lagi ayah den jomput. ekau jangan nak suko sangat aih. ni aq bangun2 je tengok semua da siap2 nak keluar. hunny kejut ," tima tima, aq balik dulu tau " hmm okay2. kak mira pulak , aq tanya "kak mira nak g mana da siap2 ni? " jawapan , " kak mira ada kelas , tapi terus balik lepas habis kelas . " okay.  turn qirin ,aq tanya " nk g mana? "  qirin jawab " nak keluar jap " peh aq da mls nak tanya lagi . *sebab memang roomate aq ada 3 orang je. hahaha . boring nih duduk sorang2 . bangun2 je , lepas soal siasat semua roomate nak pegi mana , aq terus online. dan terfikir da lama tak update blog . so thats why aq berblogging pepagi buta ni. untung lah semua tinggal kan aq                        T ^ T

Korang2 . aq ada banyak cerita nak kasi tau kat korang sebenar nya ! eheh over exited pulek. last two weeks aritu jadual aq sangat2 pack . even this week pun aq bakal2 bz sebab nak final dah kan. err senang kata dlm bulan feb n march ni lah student2 uitm ni bz .sebelum memori aq lupus ditiup dek angin sepoi sepoi bahasa ,  first sekali aq nak cite pasal aq g kem aritu , kem kesatria negara . aq ingat dah masuk uitm takde da co . aish ada pulaaaakkk. takpa lah . kita sbg student kene balance dua dua akademik dan kokurikulum. cewah. kay2 back to da topic. aq ngn half of my classmate kompeni Alpha .  ( time plkn pun aq alpha gak  -.-' ) kompeni kitorang last sekali pegi camping. ( 17 Feb until 19 Feb )  sebab ada banyak hal2 yang perlu diuruskan pihak atasan mybe. lokasi ? tak jauh pun . Tebing Tinggi je. 15 minit dah sampai. tentang kem tu totally semua aq suka sgt2 except toilet die. tandas ada 2 jek? da lah ramai lagi budak yg nak guna. terpaksa beratur panjang. haii aq memg lemah betul  bab kene beratur panjang lama2 . nak2 lagi kalau masa tu kene kejar masa. heyy tension. tp yg lain2 tu semua best. penat tak payah tanya . mana ada kem yang tak membuat kan ahli2 dia penat kan? kalau tak penat, bukan kem nama nya tu. untung nya g kem tu kan dapat pegi ngn classmate aq (investment part 1)  ramai2 & kenal ngan dak2 jurusan lain . aq rasa kalau aq tak pergi kem tu mybe smpai habis sem aq takkan kenal & bertegur ngn dak2 alpha yg jurusan lain (banking) . so , terima kasih ALPHA !!  even group aq dapat 2nd last masa at kem uh -.-'  tp aq tak rasa sedih sebab rasa penat & happy tu melebihi rasa sedih. aq paling suka masa kayak ,nite walk dan explorace . seronok gila . malang nya flying fox tak dapat nak dijalan kan sebab ada masalah2 teknikal (kata abah-encik rawi ) . tp aq bersyukur sebab yg lain tu dapat buat dgn sempurna. tagline yg aq paling tak boleh lupa masa kat kem tu ,  " pegi lah pedu" haha sumpah lawak . dak laki banking punya tagline. aq hangin je tgk die ckp mcm tu sambil wat muka. tapi klaka . aq tak boleh tahan gelak mcm setan bila dia wt mcm tu. dalam byk2 kem aq pernah pegi, kem ni la paling banyak aq gelak.

Kay seronok dah lepas. ni masa untuk cerita tentang sad story pulak. nangis siap2 dulu . huu .. T ^ T   19.2 (ahad) kitorang balik kem petang tu awal sikit (2pm) sebab  ada student yg nak hantar maklumat2 untuk ptptn . pt aq? aq da lama da settle benda tu. aq punya 1st intake. so aq tayah la nak risau2. eheh. tapi bila smpai aje uitm , orang pt tu semua dah balik sebab diorang ingat dah takda lagi student yg nak hantar. kitorang cuma terlambat sikit je. kesian budak2 yg nak hantar pt tu. sedih je muka diorang patah balik ke bilik masing2 . so nak tak nak diorang kene hantar kat Hal Ehwal Pelajar(HEP) . tapi dapat duit nya lambat sikit lah. takpa. jangan sedih . nanti korang dah dapat duit nya , dapat double dari aq . sebab dapat lambat. kay aq sampai je uitm terus balik bilik . then borak sikit ngn qirin (roomate) . basuh baju2 kotor masa kat kem . mandi bersih2 kan badan . sidai baju . duduk kejap termenung kat meja belajar aq. tengok sticky note yg aq tampal kat dinding . " Test 2 ACC 106 , DST ,ahad , 19 . 2 . 2012 , 8 - 10 pm ." aq tgk pulak hp cabok aq , tertera " sunday 19Feb2012  5.50 pm " aq termenung semula kat meja belajar aq semula -__- lepas 20 minit termenung , bukak buku account . banyak lagi yg aq tak faham ni . aq tenung buku tu lama2. *sikit lagi keluar air liur. secara tiba2 pipi aq basah . mata berair. dada aq sakit gile. time tu roomate tengah tidur . tanak kasi diorang dgr aq g toilet . aq rasa la kalau time tu malam , semua dak2 pompuan yg masuk toilet mencicit lari keluar semula bila dgr sayup2 suara aq at dlm toilet uh. okay lepas 30 minit duk dlm toilet ,aq masuk bilik cari hp , aq msg kawan aq. masa tu aq tetiba teringat at dia. tak tau la nape. aq luah kat dia. lepas dgr kata2 nasihat dari dia , lagi menderu air mata keluar. sumpah tak tahan. * nasib baik roomate tidur lagi . aq rasa aq tak confident sebab baca dlm keadaan penat memg tak lah nak masuk otak.  papehal aq redha je pegi test mlm tuh.

(Masa dalam dewan) Tik tok tik tok . masa berjalan . ada 2 soalan .da pukul 9.20pm aq tak siap lagi soalan 1st. tetiba lecture yg jaga dewan tu cakap " Anda ada 10 minit lagi untuk siapkan jawapan anda "  WOIT ! dgn pantas aq tgk jam . dah pukul 9. 20 pm. agak test ni just 1 hour 30 min je? peh punya la aq pk pkul 10 baru hbis . menggelabah aq siap kan soalan 2. 10 minit masa tu pada aq 10saat aje. lepas aje aq hantar paper n keluar dari dewan , aq rasa lega betul sbb 1 test da lepas. sebenar nya ada banyak lagi test n kuiz pastu . smpai stay nite ngn kawan . tapi dia pegi melantak membuta. -.-'  haih lantak kau lah. aq da kejut tanak bangun. esok nya kuiz acc  menggelabah menyesal tak stay nite skali. tapi bila dapat quiz acc mark , die lulus (60 lebih%)  aq fail (13%) . -.-' ape cer ni. hadui . hah !! 2 hari yg lepas (rabu 29.2.2012) aq da dapat dah paper Test 2 ACC 106 . wohooo.. aq dapat 90 %!! wah happy gila aq. aq expect aq fail sbb aq fikir tak cukup masa nak wt soalan2 . syukur alhamdulillah . oleh kerana aq dpt highest mark dlm kelas , Miss Ida bagi coklat cadburry yg saiz besar. even aq tak mkn coklat tu (bg kat classmates) , aq rasa bersyukur sangat2 sebab aq dpat bukti kan yg aq boleh buat paper tu walaupun penat tak hilang lagi masa tu. :)

Disebab kan rabu tu last class aq ngn miss ida , aq bawa camera .nak amik gambar sama2.  tak jangka pun aq nk dapat test 2 masa tu. dandan lah kan. eheh! nah bagi korang tgk yea :


bulan 3 ni nanti miss ida kawin . SELAMAT PENGANTIN BARU MISS IDA ! pasni kene tukar title jadi MADAM . :D



dalam kelas mat *sementara tunggu madam datang 


classmate aq yg sengal , selalu wat aq pening kepala & xkering gusi bila tgk dia wt lawak spontan dia. 
*even dia bkn tengah wt lawak pun.  # zati nerbez



Miss Muharratul . Lecture MGT 162 . salah seorang lecture aq yg tak pandai marah. lembut aje. 


bergambar sakan sebab last class XD 


aq suka gambar ni ! :D 


hmm .. aq rasa sampai sini je kot utk kali ni aq nak bagitau korang2 semua pasal aq ngn kawan2 aq. wah kalau lah blog ni boleh hantar sebagai karangan bm spm, aq rasa aq da boleh dapat A++.  haha. k tata guys . :D




Assalamualaikum :)