Thursday 9 May 2013

cirita sidih :'(

Assalamualaikum

hey guys. pekabo? harap korang sihat-sihat happy je. jangan macam aq menyesal tak sesudah dari tadi! tapi nasi da jadi bubur nak buat cane.. makan jelaa (jerang nasi terlebih air ). haha tak la. (tengok aq dah meroyan) . aq buat entry baru ni cuma nak luah kan apa aq rasa je. pagi tadi dah keluar result exam . tengok tajuk entry aq pun korang dah dapat teka result aq macam mana kan. sem ni aq bukan tanak ngaku tapi memang tak dinafikan aq ni banyak makan semut , berangan dan banyak tidur la. tu pasal jatuh pointer nya. tapi alhamdulillah GPA sem ni naik 0.1 . even korang rasa macam sikit tapi pada aq besar tu nilainya. aq cuma nak ucap terima kasih bebanyak kat lecturer yang banyak tolong naikkan carrymark. hahaha. especially to Coach Zalnizam a.k.a coach zam. aq rasa kalau aq tak dapat coach zam, mybe aq dapat C+ untuk tennis.sebab latihan ceramah semua bukan aq faham sgt tapi seronok dapat main tenis. hmm. kawan-kawan ramai dapat result yang gempak dan di sini aq nak ucap tahniah kat korang terutama student investment analysis. korang bukan je dah naikkan pointer sendiri tapi dah naikkan nama NADIIA  sebab walaupun student investment tak ramai , tapi semua nya boleh dapat goo result. ecewah . nampak tak aq ni boleh amik kursus kaunseling , pasni boleh jadi guru kaunseling pembakar semangat pelajar ! *sambil buat gaya superman* muahahahha! akhir kata , nak pesan pada diri aq dan jugak bebudak yg mungkin da nak patah semangat sampai rasa nak bunuh diri sebab tgk result jatuh, next sem ada lagi. buat yg terbaik. kalau yang dah tak ada sem depan tuh pepandai lah korang cari kerja yang bersesuaian yek. hahah. sudah kehabisan kata-kata. babai *lambai tangan*

Thursday 25 April 2013

how's my BFF now ya?

Assalamualaikum

Hola friends. watcha doin' ? luang luangkan la masa baca blog saya sini meh. hahah tade lah . macam desprate pulak kan . takda topik yang menarik pun dekat sini . just secebis luahan hati dari gadis yang bernama siti fatimah binti hassim . eceewah! mybe this is the right time for me to add some entry for myblog. since dapat cuti 2bln lebih . hihi. apalah agaknya bff classmate aku semua tengah buat sekarang ni ek? aku rindu diorang semua T^T  semua dgn berita terbaru. amy (pau ) dengan rambut bieber dia sekarang dah mengancam. aku suka sebab nampak sporty.tapi aku lagi suka rambut dia yang lama. nampak feminin .hehe sorry amy . just pendapat aku je. zati (si kerengge) on her intersession. haha sabar lah tak lama lagi keluar lah kau dari kandang uitm tu. untung lah boleh drive sendiri tak mcm aku kene minta orang ambil , jemput , ambil jemput. kalau tak, takda makna nya nak keluar bilik. huuu. kesian kan? tak payah korang , aku pun sian dgn diri aku sendiri bila menaip ni. hahhaa maannade! tipu jek. nipu la kalau aku kata aku tak bosan duduk kat ruma je kan? tapi sebenarnya aku lagi suka duduk terperap dalam bilik dari merayau tak tentu hala . nak nak lagi dengan poket kering macam sekarang ni. hihik. nina (sapu air liur) baru dapat niece baru. babygirl. mesti cute kan. fara (mrs. gebu ) pulak hmmm aku tak tau lah berita terbaru dia apa. hhaahha maaf fara. mybe dia dah nak dapat lesen P utk kereta kot. wah berjalan sakan ler korangg. haha. cakap pasal lesen kereta , ayah aku dah bangkit pasal hal ni tapi aku dengar undang-undang tetapkan umur 21 ke atas je boleh ambil mulai tahun ni. tak tau la betul ke tak . ayah hangin je. " kau dah tanya belum dgn pak mat? memandai aje " (pak mat adalah orang yg uruskan bab2 lesen moto & kereta bg bebudak kemelah ) ehhh mana lah aku nak jumpa si pak mat tuuu.. rumah dia aku taktau, num phone lagi la jauh. hmm biar la dia nak naik hangin. malas nak layan. anyway , apa cerita la pulak dgn si mira , yana dgn sai ek? diorang senyap aje . yana punya birthday haritu. sorry tak dapat nak baling tepung celebrate birthday kau yana. hahah. zhu ni shengri kuaile yana! alaa hampir terlupa dengan bff aku yang tembam comel tu si fara jani. hihi. mesti sekarang makin cumel kan? hati dah senang ada 'abang' jaga dia bebaik. wuuuu.. bila agaknya aku pun dapat mcm tu ye? hiii.(berangan) menggedik tak nyudah. ok stop. skg bukan masa utk kau bercintan cintun ye tima! kau ada 3 sem lagi nak habis kan diploma yang tak seberapa ni. haiiiss.. 20% rasa menyesal pulak ambil investment analysis tapi disebabkan 20% ni la aku jumpa bff aku yang awesome2 belaka !! mungkin aku patut sedar apa yang jadi mesti ada hikmah nya. kan kan kan? kikikii.  dah pukul 4 pm. i need my lunch .dari tadi belum makan. hahaa. GTG guys. tata.

Tuesday 23 April 2013

New story of me.

Assalamualaikum

Hi readers . dah lama rasanya aku tak update blog aku kan. 6 months i guess. sekarang ni aku tengah cuti sem untuk part3. so next sem i'll be a senior. yey! -..- apa yg best sangat jadi senoir ni kan. cuti yang memboringkan. ada niat nak kerja .bila minta izin , ayah pula tak bagi. apa boleh buat. jadi bibik sepenuh masa kat rumah je lah. ayah cuma tak nak aku penat aje. sebab kerja yang aku minta tu kerja kilang. dia tak galakkan since dia tau anak dia ni pemalas yang bertulang reput. ceh tade lah . dia just taknak aku terlalu penat nanti naik sem .susah nak focus study. alright. i get it. TAPI AKU DAH SIAP LIST BARANG DGN GAJI YG AKU DAPAT KALAU AKU KERJA SEBULAN KAT SITU ! :'(   haaiii. apalah nasib. sedih pedih pilu demam kepialu ! tak sabar pulak rasa nya nak naik u. aku dah penat duduk rumah tak buat apa-apa kecuali kemas rumah. hmm.. aku dengar 9 may  ni result keluar. lagi la berdebo jantung aku. tapi papehal pun tade benda lain yang aku bole buat selain redha and tawakal dan tak lupa makan. haha. dulu aku selalu nganjing classmate dgn roomate kpop kpop kpop. tapi sekarang ni aku pulak yang obses dgn kpop. haii bukan semua kpop tau. cuma Running Man. hahaiii.. time time nak final laa minat tu sampai. kadang-kadang malam sebelum paper pun aq sempat lagi tgk RM. banyak gila episod. sumpah kelakar. barisan fixed RM : jong kook, ji hyo, kang gary, haha, jae suk , kwangsoo, and suk jin. semua kelakar. tapi aku paling suka kang gary. dia comel lurus bendul tau. kwangsoo pun boleh tahan bodo2. jongkook panas baran tapi dia cepat malu dgn perempuan. sooo cute.ji hyo garang , selalu buat muka blank ~ haha pula suka sangat cari pasal dgn jae suk. selalu nya yang cari pasal dulu haha shorty. hmm rasa mcm tertinggal sorang. hahah suk jinnn .. dia tu lambang kekalahan.tak tau la dia expert game apa je. asyik la kalah. tapi itu yang buat best nya. masing-masing dgn character masing-masing. sekarang ni RM dah jadi antara variety show yang paling popular antara kebanyakan negara . memula aku cuma ambil beberapa episod untuk hilangkan bosan je. tapi skg aku rasa mcm aku perlukan semua episod. hahaa. okay i gotta go. nak brunch. hihii . tata. assalam. 

Thursday 31 May 2012

ke rembau aku der.


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh. 

hai readers. dah lama tak tulis blog. *hehe baru tinggal sminggu da rindu nak tulis blog. aq just nak cite yg aq baru balik dari rembau , negeri sembilan. tidur rumah kawan baik aq (fara tembam) . datang naik bus dgn kwn baik aq gak (fadreen fadz) . dari hari selasa sampai khamis. walaupun 3 hari tapi rasa mcm dapat kua sehari je ngan diorang. sebab rabu je kitorang kua sama sama. selasa masa smpai tu memang tak kemana lah kan. *hilangkan penat konon nya. rabu baru keluar gi seremban. memula aq , fadz ngan fara je nak klua nek bus. jap lagi akak nisha( akk fara) pun nak ikut sekali. then ibu fara (cik ani) pun kata nak ikut bawak nabila ( adik fara) sekali tapi tak tau jalan gi seremban naik kete. so kitorang pun naik bus ramai ramai. hahah cam ada rombongan.wah ranggi betul dress up ibu fara. mcm remaja ! smpai seremban, kitorang just jalan jalan . . tengok wayang ( cite 'aku ada, kau ada?' ) cam boring skit sebab cite die konon nak ikut style korea. halamak aiii.. kalau korea betul tape la. tapi papehal pun best sebab ibu fara yang belanja. *huhee. then masa nak balik tunggu bus punya lah lama. pkul 7 pm baru sampai bus nya. sekali naik peh ! tak mcm sadin plak an. berhimpit himpit dgn orang lain. mat hendon melambak lambak kat dlm tu. . wah lama gak nak tunggu smpai ada seat yg kosong. bila ada yg kosong baru kitorang bagi cik ani duduk. sebab da lama cik ani berdiri. lagipun blakang beliau ada mat hindon. risau pulak tgk mat hindon tu. - . -'  

At last , sampai gak taman chembung utama (rumah fara). huh lege gila dapat turun ! sampai rumah tu semua kebulur sampai 1 periuk lauk gulai ayam cik ani licin habis!  dah nabilah pulak tak dapat nak makan. cik ani goreng kentang baru lah die makan . tido pukul bape tah sebab tgk cite karoot komedia ngan cite fragile (lelaki psiko) kat astro.fadz cakap kat ibu fara nak balik khamis sebab dia ada tuisyen , lagi pun fara ada kata jumaat , ibu fara nak g kenduri kawin. tapi tak jadi pulak,ibu fara gi kenduri tu hari sabtu. ibu fara suh fadz tepon mak die (cik izah) bagitau nak balik jumaat.  fadz call , bagitau tapi mak die tak kasi sebab tade sape nak teman mak die malam nati. sebab jiran die tade nak teman mak fadz mlam khamis nati. so nak tanak balik lah hari khamis. aq okay jek. tade hal. family aq pun tade plan nak gi mana mana . so aq ikut kputusan fadz je lah.

Khamis pagi tu kitorang siap siap mandi breakfast then gi umah atuk fara sebab nak jenguk sekejap. ibu fara yg bawak.pastu kitorang gi beli tiket bus kat rembau tapi utk ke segamat tade pulak. kalau nak kene beli kat seremban, kata orang tu. dah kene gi seremban pulak. tapi kitorang gerak ke seremban kol 2.30pm. sbb bus ingtkan gerak pkul 3pm. ibu fara terpaksa bawak kwn huda(adik fara) sebagai guider sebab ibu fara tak tau jln seremban. sampai aje , parking kete kat bawah then beli tiket pkul 3.30 pm baru nak gerak. lama tul tunggu. bila dah naik bus . . .  hah ni aq hangin ni. aq bukan tak ikhlas tapi aq rasa tertipu. memula ada org cam pakistan bagi pelekat nama Allah , Muhammad & ayat khursi.okay lah aq ngan fadz amik.  then dari blakang ada sorang lg pakistan hulur tgn. aq ingt mintak derma, so aq bg la rm5. fadz pun bagi la cm rm3. pastu pakistan tu kata ,'' 5 .."  eh2 die ni. dah kenape. mintak derma main pakse pakse pulak ai. fadz pun bg je rm5, then die bg plekat yg sama cm tadi dapat. aq kata dah dpt, tapi die kata hadiah. kitorang amik baru die blah. panas je kepala aq pas  pakistan tu bla. rasa tertipu bhai. fadz kata tapew lah. ikhlas kan jek. masa nak kua simpang tu , boleh pulak saing ngan kete ibu fara.! haha aq buat lah flying kiss kat ibu fara, tapi tak bls pulak. :'( rupa nya huda tunjuk kete kene saman. sebab parking kat bawah. ptutnya kne parking kat atas. ayah aq kata nak parking bawah boleh tapi kene driver kene tunggu kat kete . nanti kata lah ' sy sekejap je ni ' so nanti org yg bg saman tu blah la. ayah aq hangin je bila aq cite pasal pakistan tu. aq pulak kene marah sbb tak hati hati. menyampah kan bila nak ngadu tapi kene marah pulak. kitorang sampai pkul 6 lebih. ingat nak naik bus sampai simpang kmelah. tapi bus yoe how tade plak bila dah pkul 6pm. plus hujan lebat kat segamat. ayah aq lah jemput aq kat terminal. fadz pun saing aq. ayah aq hantar. sampai rumah aq . . . peh aq rasa mcm nak tutup mata sampai bilik aq baru bukak mata. BERSEPAH GILA RUMAH ! aq ckp taley jadik ni. aq suh kina kemas rumah. aq penat asik kemas , org lain kembor balik. kemas kembor kemas kembor. patah pinggang aq nak hari hari  kemas. aq suh kina je yang kemas. blajar dari skg.nati dah besar skit snang nak wat kje. sebab tu aq dapat wt blog siang siang ni. kalau tak aq ngah kemas umah waktu waktu cm skg ni. tapi jap ag ni kina ngan mak aq nak gi umahtok cempelak. peh ... aq hangin ajew. memang nak suh aq gak yg kmas nih. nasib baik baju bertimbun2 tu mak dah basuh. pinggan kina dah basuh. tinggal yg ringan2 je nak wt. overall cuti sem aq buat 1st time ni memg boring skit. gi umah fara pun dapat jln sehari je. tapi aq bersyukur sebab dpat gak jln2 dripada tak dpat kan. hah! cuma aq tak saba nak naik blaja semula je ni. boring duk umah. kay lah . nak check stiap sudut umah jap. -.-''  cekidautt. Assalamualaikum . 






sempat snap kejap kat mini taman rumah fara ni before balik segamat.

Wednesday 16 May 2012

how to forget your ex girlfriend / boyfriend


Assalamualaikum waramatullah hiwabarokatuh 

hehe baru lepas putus cinta ? haha padan muka korang ! orang lain bercinta korang pun sibuk nak bercinta jugak. aq ada tips utk korang korang dan. .  korang yang baru putus cinta dan susah gila nak lupakan ex korang tuh. hihik sebenarnya ni bukan idea aq tapi aq petik dari majalah kartun UJANG . kay here we go :


  


* kalau ex korang penah bagi something , buang terus barang barang yang dia bagi tu. nak nampak lagi ganas bakar terus tapi kalau dia ada bagi korang rumah dan korang pulak duduk rumah tu , better korang pikir masak masak sebelum bertindak.


* buang jugak nombor tepon dan gambar . kalau dah buang pun korang masih takleh lupa jugak , cuba korang hentak kepala korang kat dinding , insyaAllah terus lupa ingatan.







* bayangkan muka ex korang tu sama dengan muka musuh musuh ketat korang dari zaman kanak kanak sampai lah skg. nak lagi best bayangkan dengan muka orang yang pernah berhutang tapi tak bayar . nescaya korang nyampah nak tgk.


* jangan sesekali tengok cerita cinta dan dengar lagu yang ada unsur rindu , sayang dalam lirik lagu tu. tapi tgk cerita pasal kematian dan dengar lagu lagu nasyid , tak pun ceramah agama . .  ada gak pekdah nye. haa.


* ingat yang buruk buruk pasal perangai ex korang . kalau muka korang buruk lagi bagus , pegi tgk muka korg kat cermin , mesti korang tak sanggup nak ingat lagi.


* untuk laki laki pakai cantik cantik lepas tu lepak dekat bus stop yang ramai minah kilang . cuba lah mengorat .yang pompuan pulak pegi balik kampung jaga diri tu . . .  tunggu orang masuk minang. :D 


Cara - cara cover malu depan orang ramai :o


Assalamualaikum waramatullah hiwabarokatuh 

hai . tadi aq online FB , tiba tiba je aq terbaca 1 page (lawak spontan) dia post . sumpah lawak + malu. aq tak tau la dia copy atau pun memang lahir dari kepala hotak admin page tu sendiri. ni dia :



- kalau tersepak batu : jangan terus bangun , sebalik nya anda baring dan terus berguling guling hingga jauh dari perhatian ramai ... lepas tu baru bangun bila tade orang nampak.


- kalau jatuh basikal : cepat cepat naik beskal anda semula dan jatuh lah lagi sehingga berkali kali supaya orang ingat anda saje saje buat lawak .


- kalau terjatuh tangga : terus bersilat seolah olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.


- kalau terjatuh dalam longkang : pungut lah sampah yang ada sambil marah marah dengan suara yang kuat , pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan .


- kalau jatuh ketika nak naik bas : jerit kuat kuat " oi ! apa tolak tolak ni ?! " walaupun tiada orang di blakang anda.


- kalau terjatuh depan bus stop : terus buat buat pengsan sehingga ada orang membantu anda . kalau tade , baring terus sampai malam dan tade orang lagi kat bus stop tu . .  haaa . .  ni ler masa yang sesuai untuk bangun semula . 

- kalau jatuh tergelincir kat lantai licin : tariklah kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda ) untuk jatuh bersama sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu . 

haha. aq paling tak leh blah yang jatuh kat tangga tu. sape je akan terfikir nak buat mcm tu? muka tembok je akan buat mcm tu. hahaha . aq suka sape yang tulis bende alah mengarut ni.  :D

Assalamualaikum