Thursday 31 May 2012

ke rembau aku der.


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh. 

hai readers. dah lama tak tulis blog. *hehe baru tinggal sminggu da rindu nak tulis blog. aq just nak cite yg aq baru balik dari rembau , negeri sembilan. tidur rumah kawan baik aq (fara tembam) . datang naik bus dgn kwn baik aq gak (fadreen fadz) . dari hari selasa sampai khamis. walaupun 3 hari tapi rasa mcm dapat kua sehari je ngan diorang. sebab rabu je kitorang kua sama sama. selasa masa smpai tu memang tak kemana lah kan. *hilangkan penat konon nya. rabu baru keluar gi seremban. memula aq , fadz ngan fara je nak klua nek bus. jap lagi akak nisha( akk fara) pun nak ikut sekali. then ibu fara (cik ani) pun kata nak ikut bawak nabila ( adik fara) sekali tapi tak tau jalan gi seremban naik kete. so kitorang pun naik bus ramai ramai. hahah cam ada rombongan.wah ranggi betul dress up ibu fara. mcm remaja ! smpai seremban, kitorang just jalan jalan . . tengok wayang ( cite 'aku ada, kau ada?' ) cam boring skit sebab cite die konon nak ikut style korea. halamak aiii.. kalau korea betul tape la. tapi papehal pun best sebab ibu fara yang belanja. *huhee. then masa nak balik tunggu bus punya lah lama. pkul 7 pm baru sampai bus nya. sekali naik peh ! tak mcm sadin plak an. berhimpit himpit dgn orang lain. mat hendon melambak lambak kat dlm tu. . wah lama gak nak tunggu smpai ada seat yg kosong. bila ada yg kosong baru kitorang bagi cik ani duduk. sebab da lama cik ani berdiri. lagipun blakang beliau ada mat hindon. risau pulak tgk mat hindon tu. - . -'  

At last , sampai gak taman chembung utama (rumah fara). huh lege gila dapat turun ! sampai rumah tu semua kebulur sampai 1 periuk lauk gulai ayam cik ani licin habis!  dah nabilah pulak tak dapat nak makan. cik ani goreng kentang baru lah die makan . tido pukul bape tah sebab tgk cite karoot komedia ngan cite fragile (lelaki psiko) kat astro.fadz cakap kat ibu fara nak balik khamis sebab dia ada tuisyen , lagi pun fara ada kata jumaat , ibu fara nak g kenduri kawin. tapi tak jadi pulak,ibu fara gi kenduri tu hari sabtu. ibu fara suh fadz tepon mak die (cik izah) bagitau nak balik jumaat.  fadz call , bagitau tapi mak die tak kasi sebab tade sape nak teman mak die malam nati. sebab jiran die tade nak teman mak fadz mlam khamis nati. so nak tanak balik lah hari khamis. aq okay jek. tade hal. family aq pun tade plan nak gi mana mana . so aq ikut kputusan fadz je lah.

Khamis pagi tu kitorang siap siap mandi breakfast then gi umah atuk fara sebab nak jenguk sekejap. ibu fara yg bawak.pastu kitorang gi beli tiket bus kat rembau tapi utk ke segamat tade pulak. kalau nak kene beli kat seremban, kata orang tu. dah kene gi seremban pulak. tapi kitorang gerak ke seremban kol 2.30pm. sbb bus ingtkan gerak pkul 3pm. ibu fara terpaksa bawak kwn huda(adik fara) sebagai guider sebab ibu fara tak tau jln seremban. sampai aje , parking kete kat bawah then beli tiket pkul 3.30 pm baru nak gerak. lama tul tunggu. bila dah naik bus . . .  hah ni aq hangin ni. aq bukan tak ikhlas tapi aq rasa tertipu. memula ada org cam pakistan bagi pelekat nama Allah , Muhammad & ayat khursi.okay lah aq ngan fadz amik.  then dari blakang ada sorang lg pakistan hulur tgn. aq ingt mintak derma, so aq bg la rm5. fadz pun bagi la cm rm3. pastu pakistan tu kata ,'' 5 .."  eh2 die ni. dah kenape. mintak derma main pakse pakse pulak ai. fadz pun bg je rm5, then die bg plekat yg sama cm tadi dapat. aq kata dah dpt, tapi die kata hadiah. kitorang amik baru die blah. panas je kepala aq pas  pakistan tu bla. rasa tertipu bhai. fadz kata tapew lah. ikhlas kan jek. masa nak kua simpang tu , boleh pulak saing ngan kete ibu fara.! haha aq buat lah flying kiss kat ibu fara, tapi tak bls pulak. :'( rupa nya huda tunjuk kete kene saman. sebab parking kat bawah. ptutnya kne parking kat atas. ayah aq kata nak parking bawah boleh tapi kene driver kene tunggu kat kete . nanti kata lah ' sy sekejap je ni ' so nanti org yg bg saman tu blah la. ayah aq hangin je bila aq cite pasal pakistan tu. aq pulak kene marah sbb tak hati hati. menyampah kan bila nak ngadu tapi kene marah pulak. kitorang sampai pkul 6 lebih. ingat nak naik bus sampai simpang kmelah. tapi bus yoe how tade plak bila dah pkul 6pm. plus hujan lebat kat segamat. ayah aq lah jemput aq kat terminal. fadz pun saing aq. ayah aq hantar. sampai rumah aq . . . peh aq rasa mcm nak tutup mata sampai bilik aq baru bukak mata. BERSEPAH GILA RUMAH ! aq ckp taley jadik ni. aq suh kina kemas rumah. aq penat asik kemas , org lain kembor balik. kemas kembor kemas kembor. patah pinggang aq nak hari hari  kemas. aq suh kina je yang kemas. blajar dari skg.nati dah besar skit snang nak wat kje. sebab tu aq dapat wt blog siang siang ni. kalau tak aq ngah kemas umah waktu waktu cm skg ni. tapi jap ag ni kina ngan mak aq nak gi umahtok cempelak. peh ... aq hangin ajew. memang nak suh aq gak yg kmas nih. nasib baik baju bertimbun2 tu mak dah basuh. pinggan kina dah basuh. tinggal yg ringan2 je nak wt. overall cuti sem aq buat 1st time ni memg boring skit. gi umah fara pun dapat jln sehari je. tapi aq bersyukur sebab dpat gak jln2 dripada tak dpat kan. hah! cuma aq tak saba nak naik blaja semula je ni. boring duk umah. kay lah . nak check stiap sudut umah jap. -.-''  cekidautt. Assalamualaikum . 






sempat snap kejap kat mini taman rumah fara ni before balik segamat.

Wednesday 16 May 2012

how to forget your ex girlfriend / boyfriend


Assalamualaikum waramatullah hiwabarokatuh 

hehe baru lepas putus cinta ? haha padan muka korang ! orang lain bercinta korang pun sibuk nak bercinta jugak. aq ada tips utk korang korang dan. .  korang yang baru putus cinta dan susah gila nak lupakan ex korang tuh. hihik sebenarnya ni bukan idea aq tapi aq petik dari majalah kartun UJANG . kay here we go :


  


* kalau ex korang penah bagi something , buang terus barang barang yang dia bagi tu. nak nampak lagi ganas bakar terus tapi kalau dia ada bagi korang rumah dan korang pulak duduk rumah tu , better korang pikir masak masak sebelum bertindak.


* buang jugak nombor tepon dan gambar . kalau dah buang pun korang masih takleh lupa jugak , cuba korang hentak kepala korang kat dinding , insyaAllah terus lupa ingatan.







* bayangkan muka ex korang tu sama dengan muka musuh musuh ketat korang dari zaman kanak kanak sampai lah skg. nak lagi best bayangkan dengan muka orang yang pernah berhutang tapi tak bayar . nescaya korang nyampah nak tgk.


* jangan sesekali tengok cerita cinta dan dengar lagu yang ada unsur rindu , sayang dalam lirik lagu tu. tapi tgk cerita pasal kematian dan dengar lagu lagu nasyid , tak pun ceramah agama . .  ada gak pekdah nye. haa.


* ingat yang buruk buruk pasal perangai ex korang . kalau muka korang buruk lagi bagus , pegi tgk muka korg kat cermin , mesti korang tak sanggup nak ingat lagi.


* untuk laki laki pakai cantik cantik lepas tu lepak dekat bus stop yang ramai minah kilang . cuba lah mengorat .yang pompuan pulak pegi balik kampung jaga diri tu . . .  tunggu orang masuk minang. :D 


Cara - cara cover malu depan orang ramai :o


Assalamualaikum waramatullah hiwabarokatuh 

hai . tadi aq online FB , tiba tiba je aq terbaca 1 page (lawak spontan) dia post . sumpah lawak + malu. aq tak tau la dia copy atau pun memang lahir dari kepala hotak admin page tu sendiri. ni dia :



- kalau tersepak batu : jangan terus bangun , sebalik nya anda baring dan terus berguling guling hingga jauh dari perhatian ramai ... lepas tu baru bangun bila tade orang nampak.


- kalau jatuh basikal : cepat cepat naik beskal anda semula dan jatuh lah lagi sehingga berkali kali supaya orang ingat anda saje saje buat lawak .


- kalau terjatuh tangga : terus bersilat seolah olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.


- kalau terjatuh dalam longkang : pungut lah sampah yang ada sambil marah marah dengan suara yang kuat , pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan .


- kalau jatuh ketika nak naik bas : jerit kuat kuat " oi ! apa tolak tolak ni ?! " walaupun tiada orang di blakang anda.


- kalau terjatuh depan bus stop : terus buat buat pengsan sehingga ada orang membantu anda . kalau tade , baring terus sampai malam dan tade orang lagi kat bus stop tu . .  haaa . .  ni ler masa yang sesuai untuk bangun semula . 

- kalau jatuh tergelincir kat lantai licin : tariklah kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda ) untuk jatuh bersama sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu . 

haha. aq paling tak leh blah yang jatuh kat tangga tu. sape je akan terfikir nak buat mcm tu? muka tembok je akan buat mcm tu. hahaha . aq suka sape yang tulis bende alah mengarut ni.  :D

Assalamualaikum 




Tuesday 15 May 2012

Song 2 You Leon Thomas ft Victoria

Song 2 You Lyrics Leon Thomas III ft Victoria Justice Victorious FULL HD free mp3 downloads


aku suka gila lagu ni ! enjoy it ! :D

hari cikgu sedunia

 

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh 

hay awak.sihat? kalau tak sihat gi la makan ubat. kalau tanak makan kau punya pasal la. haha. tade lah. kesihatan penting tau .tak kira tua muda semua golongan kena jaga. nak2 lagi zaman skg ni , tak semua orang tua je yang mati dulu. yg mati muda pun ramai. haa . takut an takut an. so jaga lah kesihatan yg Allah dah bg cukup baik kat kita semua ni. okay okay . baca title aq pun korang dah tau an. hari ni adalah merupakan hari guru sedunia and every year students akan meraikan nya. even ex student pun ada . pada pendapat aq event ni adalah untuk menghargai jasa jasa guru .memang biasa nya pelajar/ murid akan beri hadiah pada guru guru masing masing sebagai tanda membalas jasa tapi pada guru guru, kejayaan dan ucapan saja dah bererti buat diorang. tengok kita berjaya. bila dah berjaya tu tak sombong. hati diorang(guru) akan rasa bangga kalau ada student yg macam tu. 

Mybe ada sesetengah guru yang agak memboringkan. cam bagi banyak keje skola . . .

*its kinda boring bila kita buat kerja sekola tapi tak dapat dapat jawapan nya. banyak pulak tu. bila tak buat , tiru sebab cikgu mara kalau tak siapkan kerja yg dia bagi. bila dah hantar cikgu dapat kesan pulak kita meniru. dahh kene denda.pe lah nasib. . then ada pulak cikgu yang suka membebel atau marah marah without reason. bayangkan lah kalau kita da semangat nih nak belajar topik baru , pastu cikgu masuk ngan muka macam nak makan orang , marah marah dalam kelas padahal budak budak kelas tu tade buat apa apa kes pun.tak memasal tercengang kene marah. rupanya cikgu tu baru habis kelas yang student nye penuh ngn masalah disiplin. kelas lain yg buat hal , kelas lain pulak kene tempias. 

lain pulak ngan cite nya yang cikgu suka ajar lari dari topik yg patut dia ajar. haa ni kelas aq pernah kene. masa skolah menengah dulu aq ada blajar add mat . aq memang dari kecit suka mat. tibe je masa cikgu tu masuk, aq dah betul betul semangat nak belajar add mat ni sebab nak masuk topik baru. memandangkan dia cikgu baru so mula mula dia cite la skit sikit pasal diri dia then makin lama aq tgk makin seronok pulak si cikgu ni bercerite pasal kisah hidup kat kitorang. eh eh cikgu ni dah kenapa. masa dah nak habis dah ni . aq kata dlm hati. dak2 lain yang cina india dah buat hal masing2 dah. aq ni yang dok nunggu bila dia nak start aja. sampai habis kelas dia pun kelua (die kluar awal) . aq tak tau lah die disuruh pihak atasan bercerite psal hidup dia smpai 1 jam (hbis waktu blajar) atau pun tu memang hobi die sebab boleh dikatakan setiap kelas dia akan cerita pasal diri dia. aq da makin boring. tapi bila da nak dekat exam , aq ni konon nye bertungkus lumus le nak blaja sebab byk main dlm klas. aq pegi la tuisyen sekolah tu (wajib sebenarnye) . haha ni paling aq tak boleh lupa. masa tu tuisyen add mat. mula mula ckgu masuk then tulis soalan melambak2 kat whiteboard. tengah ckgu tu cite kat budak lain pasal hidup die , aq ni try la satu satu buat. buat punya buat aq dah stuck kat soalan yg dah nak akhir2 tu. susa gila.aq tanya kat dia. dia try try pun stuck jugak. dandan lah time die tak dapat tu jugek ler dia kata kelas habis ! padahal ada lagi dlm setengah jam baru habis masa.  peh aq lagi tensen bila dia kata sambung esok. tapi tak buat gak. haih. rata rata budak cina dlm klas aq amik tusyen add mat kat luar sbb diorg kata ckgu ajar dlm klas diorg tak paham. macam macam ragam ada. tapi ragam pelajar lebih byk dari cikgu sbb pelajar lbih rmai dri guru. memang lah byk. haha. 

Tapi papehal pun. kita sbg plajar tak tahu pun yang guru2 ni bertungkus lumus bersengkang mata buat soalan utk pljar dia belajar smpai faham. kadang kadang ada jugak plajar yg bebal otak die tak paham paham bila diajar. kne ajar byk kali baru paham.tanda paper exam plajar yg dia tulis sampai boleh buat cikgu tu tensen. tu belum masuk lagi yg cikgu sanggup dtg jauh2 buat tuisyen free kat skola tapi cume seketul dua je yg dtg drpd 40 org student dia.semua ckgu tu korban kan. masa, duit , tenaga. tapi plajar tak pernah terfikir semua tu. bila nak tambah markah je baru terhegeh2 jumpa ckgu .itupun utk exam besar je cam akhir tahun tapi kalau stakat ujian bulanan tu jgn harap lah . haha tak guna punya murid -.-' Dengan ini sy ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU PADA SEMUA GURU DALAM DUNIA NI. tanpa mu guru saya takkan dapat kejayaan seperti yg sy ingin kan. TERIMA KASIH CIKGU !! 


Assalamualaikum :)



Sunday 13 May 2012

Hate it !

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh 


hey guys. kali ni aq nak senaraikan sikit pasal benda apa aq yang aq benci sgt sgt ( pada aq lah ). memandang kan petang tadi aq kene manjat tangga yang tinggi lagi gayat untuk pasang langsir sebab ahad nati ada yasin kat umah. (mak yg suh pasang ) - . - '  berpeluh peluh aq kat atas tuh. terbersin bersin aq sebab habuk keje nak masuk lubang hidung aq . akhir nya siap jugak. siap sedialah aq nak mengemop lantai rumah pulak esok pagi. hadoi. mlm ni pulak ngah syok2 online , dgn tidak semena mena almari buku adik aq jatuh depan mata aq. wah dah lah byk brg ! hempap pintu bilik. mak ayah aq nak masuk pun tak boleh sebab dah kne sekat dek almari adik aq tu. tak memasal aq pulak yg kne kemas. aq tak puas hati aq panggil adik aq , suh die yg kemas sendiri. huh ! mende tu jatuh bukan apa. . . sebab bahagian atas letak brg berat berat , bawah pulak bende ringan , pastu sandarkan pulak karpet mak aq yg berat tu kat lemari tu. makin tak balance ler bende tu. tu yang jatuh. haiii sakit pulak hati kite ni bila dah mandi wangi wangi dah stanby nak membuta , mula lah badan start berpeluh peluh ( tolong adik kemas sikit sebab adik aq tu buat kje memang terkemut kemut - lembab/ lambat ). okay okay . ni senarai nya :

  • kena makan sayur yg pahit / fresh (togey yg keras especially )
  • sentuh brg aq tanpa kebenaran 
  • tgah syok syok online , line tetibe buat gile die 
  • kotor / koyakkan brg kesayangan aq
  • air soya
  • orang yg tak suka mandi (busuk )
  • kehabisan duit time tgah nak beli something yg penting
  • penat penat / sungguh sungguh buat something tu tp tade sape hargai 
  • tiba waktu exam 
  • org tak bape nak adil
  • tgah seronok guna netbook , tetiba org lain pun nak guna (oh spoil . ) 
  • mak keluar rumah
  • isi air penuh penuh dalam botol , letak dlm peti ais , tapi bila tekak ni nk minum air tu , botol dah kosong. 
  • dah janji tp tak tepati ( mak aq biasa nya ! si jai )
  • bg harapan palsu kat aq. (plan bagai nak rak tapi tak jalan pun)
  • individual presentation in class
  • pimple 
  • dan. . . .KATAK .

ada banyak lagi tapi ponat den nak taip. hoho 

Enjoy it ! Assalamualaikum :)

Monday 7 May 2012

cuppy cuppy cake :3


okay dah lepas gian aq nak makan cupcake ! thanks to farah waheeda bte abd rashid and family . thanks to mak jugak tolong bayar . hehe <3 tata

1st time !




Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh :)

eheee . . aq happy gile time mama ipat kasi ipat tidur 1 malam kat umah aq ni. yelaa dah lama kan tak jaga si budak kecit ni. skg dah pandai jalan dah. tgah belajar bercakap pulak skg ni. asyik papa papa . . mulut kecit ajew. geram gila aq tgk. petang sabtu tu amik dia kat bukit siput ( rumah baru dia ) . malam tu pukul 11 lebih iwan pulak kebetulan balik rumah sini. untuk pengetahuan korang iwan tu buah hati si ipat. kalau ada iwan, orang lain semua dia tak heran. kalau iwan tade , die okey je ngan sume orang . memilih kan si budak kecit ni? baru dia nak terlelap , iwan dah balik kacau dia, then main main sampai pukul 1 aq tengok ipat tak tidur lg. yg lain lain ( uda , along , pijun , kina, iwan , mak ayah ) pun sama dah berdengkur dulu sebelum ipat. ni bukan diorang yg jaga ipat tapi ipat yg jaga diorg. haih . --'  aq dukung dia, aq dodoikan dia. tak lama lepas tuh die baru lah terlelap. dada die sempit kalau baring. mama dia kata ipat ada semput (sesak nafas ) . ha atas ni pic ipat masa dia da terlelap . :)

Esok pagi nya ipat yg bangun dulu sebelum semua orang mybe sebab ayah bgn solat , ada cahaya lampu sikit , tu yg dia terjaga tu. dia dah bgn , agaknya dia pegi kejut kan semua orang yg tengah tidur. almaklum lah baru " dapat kaki " (mak aq kata ) . siang ahad tu rumah cik wan , jiran sebelah rumah aq ni ada yasin. so kitorang gilir gilir jaga ipat . kadang kadang bawa sekali ipat gi umah cik wan. biar dia seronok main main dgn ayep ( 'makwe' iwan ) & budak budak kecit kat situ. pastu tengok macam si ipat tu dah ngantuk , aq g tidur kan dia kat dlm bilik aq lepas bg susu. dia tertidur lama . sambil tu aq ngan akak aq (uda ) gi dapur buat kuih melaka untuk yasin rumah cik wan. buat punya buat , tgk asal lah tak timbul timbul pulak buah melaka yg aq dah masukkan tadi? uda tgk gas dah habis ! spoil ~  dah lah semua tade. iwan dah kua gi segamat , pijun ada game takraw kat luar. ayah tak tau gi mana. umatok agak nya. dah aq kata " takpelah uda , kan dah byk tu. kita hantar yang tu aje. yg lain simpan dlm peti sejuk " uda kata sikit lah kuih tu kalau nak bg yasin rumah cik wan. bebel punya bebel , uda kata jum g beli gas kat umah tok naik kete ayah. hah nasib baik kete , kalau moto , aq tak tau lah ke mana aq terbang , tong gas nya pun tah melayang ke mana. dah siap beli gas baru, baru sambung semula buat kuih. sambil sambil tu aq ngan uda g jenguk sekejap sekejap ipat yg tengah tidur dlm bilik tu. bukan apa. risau. . mama dia kata dia pandai turun katil sendiri dah skg ni tapi bahaya kalau kepala turun dulu , tak ke naye nanti anak orang tu. nasib baik ayah ada jaga kan ipat . kitorang (aq along uda ) pegi lah umah cik wan ( niat nak tolong tapi semua da siap ) haha. adik beradik cik wan ngan anak anak dia semua rajin mcm cik wan jugak. so , aq along ngn uda tu cuma kemas skit sikit bila yasin da selesai. yang mak aq si jai tu tak pat dtg sebab ada hal ngan tiens die tu. majlis anugerah.  aq balik aje dri rumah cik wan aq tgk ipat belum bgn lagi. tapi mata dia dah terbukak besar. dia tgah mamai tu aq rasa. aq jerit nama dia kuat kuat baru dia tersentak. terperanjat agak nya. haha. terus nangis . dukung baru diam. main main sampai petang dalam pukul 5 lebih ke 6 cmtu baru hantar ipat balik rumah dia. aq along ngan uda hantar ipat balik. muka ipat blur aje time kitorg babai dia kat pintu pagar. tak cukup tidur lah tu agak nya. THE END OF STORY  :)


Assamualaikum