Thursday 26 April 2012

Terima kasih Allah !

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh 

hai semua. hari ni adalah hari yang paling paling ditunggu tunggu student uitm (27 april 2012 ) sebab hari ni keluar result untuk sem lepas. aq pun tak terkecuali. sebenar nya ramai yang sangka result keluar pagi ni pukul 9 pagi tapi malam tadi pas aq balik dari segamat ( beli barang sikit ) classmate aq kata result dah keluar.aq cek kat student portal tapi takde. dia kata cek kat email. .  aq ni pun sengal buat email banyak2 . kan dah susah. then aq try satu satu bukak email aq . pling ~ ni yang keluar :




 alhamdulillah aq dapat keputusan yang bagus . aq cuma target 3.5 tapi Allah beri banyak. besarkan kuasa Allah ?sebenar nya aq masih lagi belum percaya. jadi aq pun tunggu sampai yang kat student portal keluar. pun result yg sama. takda , aq cuma risau tiba tiba sebenarnya result yg bagus tu bukan aq punya. papehal pun bak kata salah seorang student uitm , " kejayaan seseorang tidak terletak pada pointer tapi pada ilmu yang dia dapat " . pada aq even satu baris ayat tapi dah cukup membawa kesan seribu erti. actually aq nak update pasal ni mlm tadi pas tgk kat email tu tapi aq risau kalau kalau kat student portal lain pulak. so aq tgu result yg kat student portal keluar dulu la baru aq update. okay dah cek , sama . hmm lepas ni aq nak dapat kan pointer yg lebih baik dari ni . mcm kak mira.  sebab result ni baru titik permulaan aq sbg seorang student kt uitm ni. mak ayah kawan kawan , doakan yang terbaik untuk aq dalam bidang apa pun , dalam exam apa pun ya. kay lah nak start kemas rumah . awak yang sakit tu pegi makan ubat. yang baru bangun tu pergi mandi . yang belum breakfast tu pegi makan before perut masuk angin. just be remind you. haha . cekidautt.

Assalamualaikum :)

Wednesday 25 April 2012

" eh kau dah makin gemuk "


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh

haha aq tau apa yang korang fikir sekarang ni. . "apa kaitan title entry dia ngan pic hp dia nih? " kan kan kan? haha tade sebenar nya aq saja nak tunjuk yang skg aq dah ada fon. bukan maksud dulu aq tade fon tapi seminggu yang lepas fon aq mati sebab charger aq tertinggal kat rumah mak cik aq kat jb sana . aq suh abg aq amik kalau dia balik ke sini nanti tapi masalah nya ntah tahun bila agak nya dia baru boleh balik sini. keje je manjang. yang aq ni pulak jimat ya amat. kawan suh aq beli je charger baru tapi aq malas sebab pada aq membazir . aq ingat nak beli hp baru. anyway , hp yg kat atas tu bukan aq punya tapi akak aq .haha . aq pinjam aje. sbb kalau kua g mana mana aq rasa mcm tak lengkap kalau tade fon. susa aq nak contact sape sape. so skg aq pinjam fon akk aq sampai lah abg aq tu balik. akak aq ada 1 lagi fon sebab tu dia tak kesah bg pinjam. ag pun function fon kat atas tu sama je mcm three three ten. aq tak kesah , janji aq senang nak call @ msg sapa sapa. okay ni good news. skg ni aq nak cite pasal bad news pulak. 
( mengenai tajuk entry aq tu )

very very very bad news. . ramai yang kata aq dah GEMUUUKKK!!! arrgghh tidakkk !! mybe dah lebih 5 orang yang kata aq gemuk . aq tak tau la diorang main main atau memang ikhlas dari hati diorang . aish aq tak puas hati betul lah. tapi aq pun rasa mcm berat badan aq dah naik skg ni. asik malas buat kerja. keje duk rumah aje. tak jalan mana mana pun. kalau jalan pun kat sgmat tu je lah. hmm aq cuba nak diet tapi rumah ni tak pernah takde makanan ( maksud aq even takde lauk pun , mesti ada cookies , roti , megi and etc )  so aq taley nak buat apa selain makan makanan yang ada kat rumah ni. sedar tak sedar its just a few week orang dah kata aq da gemuk sikit. . halamakkk. . taley jadi ni aq mesti kurang kan makan. skg ni pun aq ngah berusaha utk minum lebih banyak air masak dari air manis. dan kalau ada masa nati aq nak timbang berat badan aq. wish me luck kay guys. ( wish supaya aq kurus mcm dulu lagi ) hehe . cekidauuttt . 

Assalamualaikum :)

Tuesday 24 April 2012

my favourite food !


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh

hai hari ni aq nak cite sikit pasal makanan kegemaran aq. *uish sikit lagi nak keluar air liur - -'   

first of all of course la  : TOM YAM
*bling ~ ~


tapi aq cuma gila kat tom yam yang mak aq buat aje. aq takkan toleh makanan lain kalau dah ada tom yam mak aq. i'm totally tak suka sayur ( kalau ada orang paksa aq makan sayur aq akan muntah semula ) tapi sayur dalam tom yam aq settle kan semua. pelik ? heheh aq tau tu. bahan2 dia senang aja nak cari dan cara nak buat pun senang dan cepat tapi aq belum belajar lagi camne nak buat. buat masa ni cuma mak aq je yang buatkan utk aq. aq belum pandai ag. eheh. tomyam ni sesuai untuk orang yang sedang berdiet tau  ! 

second : TAPAI PULUT 
bling bling ~ ~ 


wahhh. . ni lagi aq tak boleh tgk aje. aq akan terus makan ! nak nak lagi kalau sejuk2 ( baru keluarkan dari peti sejuk ) . peh ! manis dia. lemak dia. lembut dia. wah memang complete lah! aq makan byk2 pun tarak hal lah. janji sejuk2. . biasa nya kalau aq pergi pasar , aq akan cari tapai ni dulu. kalau ada tapai ubi je aq takkan beli. sebab aq tak berapa minat sgt yg tu. tapi kalau tapai pulut . . . beli banyak pun tak apa! HAHA  * but watch out orang kata kalau makan byk , boleh jadi ting tong ( mabuk ). tapi sampai skg aq belum pernah alami lagi even sekali makan , 4 ke 5 bungkus . haha.

third : CAKES 
*ting ting ting ~ ~


hehe kalau cake , tgk mood aq. kalau dah dtg gila nak makan cake , aq akan beli walaupun takde besday sape sape. hehe. aq bukan boleh jumpe makanan yg comel comel nih ! nak2 lagi krim kek yang tebal , lembut plus sweet tu!  aq nak belajar tapi tade sape nak ajar aq. semua bz ngan kerja masing masing . sedih !  :'(

fourth : CUPCAKES
tadaaaa  ~ ~


eeeee... aq geram betul tau tak tgk cupcake comel2 camni . rasa nak taruk kat frame aje tau ! cupcake ni biasanya aq akan makan slow2 sebab takut cepat habis. aq nak rasa nikmat dia punya manis, lembut , ada crunchy2 sikit . peh. tertelan air liur aq !

last but not least : TOBLERONE 
tooodheeaaaaa ~ ~ ~



hehe . kalau classmates aq baca ni mesti diorang marah sebab aq cakap kat diorang aq benci coklat . yes . memang dulu aq benci sgt sgt sgt  kat coklat sebab . .  hehe boleh terselit2 kat gigi aq. aq tak suke macam tu. lagi 1 coklat ni pekat . bila sampai kat tekak aq mesti nak kene minum air masak supaya dia larut . dulu pun aq fikir makan coklat ni akan membuat kita muak dan GEMUK . tapi lepas mak aq balik dari holiday kat pulau langkawi , beliau beli selori toblerone . aq kata sapa nak habiskan semua ni makkk!!mak nak bukak coklat kilang ke?  mak aq relax aje kata , mak la. . ko tak payah la risau , tima. oleh kerana aq duduk rumah tade buat apa apa , mak pun asyik takde kat rumah je. ( makanan tade sebab aq malas masak ) aq pun cuba cuba lah makan toblerone mak aq tu. makan punya makan tgk dah nak habis ! sedap rupa nya ! tapi toblerone tu bukan chocolate tapi koko. okay good news guys  ! sekarang aq dah tak fobia ngan coklat lagi :D 

hehe. tapi papehal pun bukan hari hari aq makan semua ni. gila kau nak makan hari hari. mau tak diabetes aq ! - -' 
aq nak cuba buat semua ni tapi tade sape nak sokong aq atau nak bantu aq buat ni semua . sedih  T ^ T  so nak tak nak aq beli je lah. lagi senang. sebenar nya aq ni semua jenis makanan boleh telan tapi tengok cara penyediaan dia lah. kalau makanan tu penuh dgn sayur memang mknn tu lah yg 1st sekali aq tolak. haha. nak buat mcm mana . sayur tu pahit. tekak aq tak ley terima. kalau mkn kat luar aq orang yg last sekali habis sebab aq kena asing kan sayur dari makanan aq. that's all for today . cekidauttt. . 

Assalamualaikum :)

Monday 23 April 2012

sad story :'(


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh  

hey guys . kali ni aq nak cite sikit pasal kucing yang aq baru jumpa dua tiga hari yang lepas. T ^ T  comel kan.? aq masa tu tengah tengok tv . then tetiba mak panggil aq kata ada anak kucing comel tapi kurus sgt2 duduk kat pasu bunga dia . aq cakap bagi lah makan . mak aq kata " kau lah pegi amik ikan kat dapur tu gaul ngn nasi sikit bagi kucing ni makan. sian mak tgk dia. kurus bebenor . " - -' aq suruh beliau , beliau suruh aq semula. bagus la. aq pun pegi lah bg kucing tu makan . tak lama pastu perut die buncit. bulat ajew. mak aq geram . dia mandikan kucing uh then nak suruh aq jaga anak kucing tuh. aq okay je tapi aq tak brape pandai sgt jaga2 anak kucing ni. sebab tgk gaya mcm anak kucing ni baru nak belajar merangkak . kecil aje. mestilah nak menyusu ngn ibu dia kan. tapi aq try aje jaga. hari 1 st dia memang la aktif tapi masuk dua tiga hari aq tgk dia mcm tak bermaya. aq bg makan dia tolak. susu pun sama . mata dia berair aje. jalan sikit baring . jalan sikit baring. aq bgtau mak aq . dia tanak makan pastu mak kata dia rindu kat ibu dia tuu. . hmmm aq ye kan aje lah. akak aq lagi ngekngok kata "dia dah nak mati .tak lama lagi la tuuu. . aq bg 5 hari je . kau tgk lah nati." .aq da siap sediakan kotak alas kain byk2 supaya dia tak sejuk ngan wiskes ( makanan kucin ) bia dia gemuk. tapi masa pagi tadi aq tengah menyapu sampah dekat depan rumah aq tgk kotak meow da kosong. aq ingat dia gi buang air ke pe ke. rupanya aq tgk dia dah mati kat tepi pasu bunga mak aq dengan satu badan dia dipenuhi dgn semut . badan dia masa tu kurus sgt sama mcm masa mula2 jumpa dia. tak sampai hati aq tgk dia mati macam tu ajew. aq pun ajak mak aq kebumikan kucing tu kat bawah pokok bunga mak aq yg rendang tu. belum sempat aq nak bermanja2 dgn kucing tu . dia dah tinggal kan aq . :(

mungkin ada hikmah nya dia mati. mybe aq belum bersedia 100% nak jaga anak kucing sekecil tu dgn baik. better dia mati drpd duduk ngn aq yg tak pandai jaga dia ni. tapi aq boleh nampak muka dia sedih sgt2 , mata dia berair , asyik terbaring lemah aje sehari sebelum dia pergi. aq sedih tgk keadaan dia mcm tu tapi kat mana aq nak cari ibu dia? apa2 pun Allah sentiasa menyediakan syurga untuk makhluk2Nya kan. :') 

ni photo dia yg sempat akak aq snap sebelum dia pergi :



kurus gila kan. aq dah bg dia macam2 makanan tapi dia tolak. kay lah aq nak pegi makan . lapo bebenor dah rasanya nih. - -' cekidautttt..i'm gonna miss you meow. <3

Assalamualaikum :)



Monday 16 April 2012

Gara - gara cerita korea -.-'




Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh :)

hai . apa buat? aq boring lah. aq tulis blog ni pun sebab kawan aq suruh. dia kata blog aq ni dah naik berhabuk sebab aq da lama tak update blog ni. haha . biadap ! -.-'  aq bukan apa. just belum ada idea lagi nak tulis apa. ngeh . korang jangan fikir tentang aq yg bukan2 sebab gambar kat atas ni. benda ni lah aq nak cerita kat korang .  

Tajuk cite ni Secret Garden. mybe ramai yg dah tengok ( aq je ketinggalan zaman :'< )  . oleh kerana keboringan aq da sampai tahap maksimum , jadi aq buat keputusan keluar bilik nak tgk tv. tapi adik aq bukak cerita korea ni pulak .aq ingat nak tgk sekejap aje then bukak tv biasa. tp tgk lama2 mcm best pulak. aq terus kan tgk cd tu. *aq bangun2 tido aje terus gi hadap cite tu  smpai petang. mghrib tutup kejap  (sebab telinga da panas mak bebel ) . aq tak puas hati sebab tak dapat tau apa kesudahan cerita tu. malam tu aq tgu sampai ayah aq tido. lambat pulak ayah aq tido malam tu . -.-' pukul 12malam aq start bukak cite tu semula . aq bajet cite tu habis pukul 3 pg . cite tu ada 3 cd tapi 1 cd ada 6 episod dan 1 episod tu sampai 2 jam tanpa henti. aq tgk smpai habis sebab siang tu aq nak kmas rumah ( takut mak bebel lagi sebenarnya )  . mata aq dah tak tahan dah. aq tgk jam rupanya dah pukul 8 pg !! 8 lebih aq tido. set alarm bangun pukul 9 pg. dah bgn pkul 9 , adik aq kata mata aq mcm baru pas nangis . " haa... tu laaa tgk lagi cite koea lama2 ! " *adik aq dengki. nak suruh mak marah kat aq. then aq kemas rumah sikit2 sebab sedara nak datang petang tu nati. tgahari aq baring jap. lepaskan penat. aq sedar2 aje da bunyi bising kat lua . tgk jam dah pkul 4 ptg! sedara aq dah ramai dtg kat depan. tapi sisa sisa penat sebab tak tidur tu ada lagi. mlm nya tu aq tidur awal. aq tak tau apa special nya cite tu ( hero dia tak lah hensem mana , heroin dia pun biasa2 je --' ) tapi aq memang nak tau apa kesudahan dia. haihh.. korea2. gara2 kau aq tak tido tau tak. gara2 kau mata aq bengkak. gara2 kau jugak aq tak makan dan kene bebel ngan mak ayah aq. punggung aq mcm dah melekat kat kerusi sebab tak nak tinggalkan kau. lain kali jgn tunjuk kat aq cite korea yg panjang2 lagii!!! kay lah tu aje aq nak cite kat korang . aq belum dapat idea lagi nak tulis apa. haha! nati aq update lagi yea. tata . cekidaut...



Assalamualaikum :)