Monday, 23 April 2012

sad story :'(


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh  

hey guys . kali ni aq nak cite sikit pasal kucing yang aq baru jumpa dua tiga hari yang lepas. T ^ T  comel kan.? aq masa tu tengah tengok tv . then tetiba mak panggil aq kata ada anak kucing comel tapi kurus sgt2 duduk kat pasu bunga dia . aq cakap bagi lah makan . mak aq kata " kau lah pegi amik ikan kat dapur tu gaul ngn nasi sikit bagi kucing ni makan. sian mak tgk dia. kurus bebenor . " - -' aq suruh beliau , beliau suruh aq semula. bagus la. aq pun pegi lah bg kucing tu makan . tak lama pastu perut die buncit. bulat ajew. mak aq geram . dia mandikan kucing uh then nak suruh aq jaga anak kucing tuh. aq okay je tapi aq tak brape pandai sgt jaga2 anak kucing ni. sebab tgk gaya mcm anak kucing ni baru nak belajar merangkak . kecil aje. mestilah nak menyusu ngn ibu dia kan. tapi aq try aje jaga. hari 1 st dia memang la aktif tapi masuk dua tiga hari aq tgk dia mcm tak bermaya. aq bg makan dia tolak. susu pun sama . mata dia berair aje. jalan sikit baring . jalan sikit baring. aq bgtau mak aq . dia tanak makan pastu mak kata dia rindu kat ibu dia tuu. . hmmm aq ye kan aje lah. akak aq lagi ngekngok kata "dia dah nak mati .tak lama lagi la tuuu. . aq bg 5 hari je . kau tgk lah nati." .aq da siap sediakan kotak alas kain byk2 supaya dia tak sejuk ngan wiskes ( makanan kucin ) bia dia gemuk. tapi masa pagi tadi aq tengah menyapu sampah dekat depan rumah aq tgk kotak meow da kosong. aq ingat dia gi buang air ke pe ke. rupanya aq tgk dia dah mati kat tepi pasu bunga mak aq dengan satu badan dia dipenuhi dgn semut . badan dia masa tu kurus sgt sama mcm masa mula2 jumpa dia. tak sampai hati aq tgk dia mati macam tu ajew. aq pun ajak mak aq kebumikan kucing tu kat bawah pokok bunga mak aq yg rendang tu. belum sempat aq nak bermanja2 dgn kucing tu . dia dah tinggal kan aq . :(

mungkin ada hikmah nya dia mati. mybe aq belum bersedia 100% nak jaga anak kucing sekecil tu dgn baik. better dia mati drpd duduk ngn aq yg tak pandai jaga dia ni. tapi aq boleh nampak muka dia sedih sgt2 , mata dia berair , asyik terbaring lemah aje sehari sebelum dia pergi. aq sedih tgk keadaan dia mcm tu tapi kat mana aq nak cari ibu dia? apa2 pun Allah sentiasa menyediakan syurga untuk makhluk2Nya kan. :') 

ni photo dia yg sempat akak aq snap sebelum dia pergi :



kurus gila kan. aq dah bg dia macam2 makanan tapi dia tolak. kay lah aq nak pegi makan . lapo bebenor dah rasanya nih. - -' cekidautttt..i'm gonna miss you meow. <3

Assalamualaikum :)



No comments:

Post a Comment