Monday 5 March 2012

Jenama Baba

Seorang jurujual sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajat kolej . Dia bertanya tentang produk yang dipakai oleh pelajar tersebut.

Jurujual : sabun mana anda gunakan selama ini?
Pelajar : sabun Baba
Jurujual : kalau deodoran, deodoran mana anda gunakan?
Pelajar : deodoran Baba
Jurujual : minyak wangi?
Pelajar : minyak wangi Baba
Jurujual : syampu?
Pelajar : syampu Baba

Akhirnya dengan kecewa si jurujual bertanya lagi ,

Jurujual : ok , apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar?Siapa tahu anda selama ini memakai produk yang tidak sihat .
Pelajar : bukan jenama tempatan atau luar negara . Baba tu rakan sebilik saya.



No comments:

Post a Comment