Monday, 5 March 2012

Lambat

Pada suatu hari, ada 3 ekor kura-kura yang hendak pergi berkelah bersama-sama . kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman , sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun. Dalam perjalanan tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya , sehinggakan mereka tidak boleh meneruskan perjalanan . kemudian timbul perbualan di antara mereka .

Kekura I : ermm .. salah seekor daripada kita mesti balik untuk ambil payung. siapa yang nak pergi ni?

Kekura I&II saling berpandangan dan berpakat menuding Kekura III

Kekura III : tak nak lah . aku jalan lambat . nant aku sampai sini lagilah lambat . pasti korang akan bedal makanan ni semua.
Kekura I&II : tak lah kitorang tunggu sampai korang datang.
Kekura III :   betul ?? kalau aku lambat 1 jam?
Kekura I&II : kitorang tetap akan tunggu
Kekura III :   kalau 3 jam ?
Kekura I&II : kitorang tetap akan tunggu
Kekura III :   kalau 1 hari?
Kekura I&II : kitorang tetap akan tunggu
Kekura III :  kalau 3 hari?
Kekura I&II : kitorang tetap akan tunggu
Kekura III :  kalau 5 hari?
Kekura I&II : kitorang tetap akan tunggu
Kekura III :  kalau 1  minggu?
Kekura I&II : kitorang tetap akan tunggu
Kekura III : kalau 2 minggu ?
Kekura I&II : kitorang tetap akan tunggu.. kau pergi ajelah.


Denga berat hati , akhirnya Kekura III pun berangkat . Kekura I&II menunggu dengan setia . sehari, 2 hari, dan seminggu telah berlalu , Kekura III tidak juga balik. Kekura I&II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : aku dah tak tahan lapar ni. kita makan je lah.
Kekura II : aku pun dah nak pengsan ni . jom kita habis kan makanan ni.


Tetiba Kekura III muncul dari semak dan berseru :

" hoi ! nasib baik aku belum pergi lagi ! kalau tak , mesti korang habiskan makanan ni kan? kan?!! "



No comments:

Post a Comment